Kaedah Teori


Karya ini berhasrat untuk menyemai sifat raja' (berharap padaNya) pada masyarakat yang sedang dilanda pelbagai ujian. Sifat khauf (takut) pula akan timbul setelah mendapat ujian dariNya. Sebagaimana Kanjeng Sunan Kalijaga mendorong masyarakat kepada Islam dan mengeluarkan manusia dari dzulumat (kegelapan) kepada nur (cahaya kebenaran), karya ini juga membawa peranan untuk mengajak manusia supaya berharap kepadaNya dengan sebenar yakin iaitu haqqul yaqin. Sya'ir yang ditulis dalam karya ini menggambarkan kepasrahan dan pengakuan kelemahan sebagai manusia dan bergantung harap kepadaNya (As-Samad) secara total.

Memaknai karya Fana Fi Layla melalui lagu Lir Ilir karangan Kanjeng Sunan Kalijaga.
Lagu Lir Ilir diciptakan oleh Kanjeng Sunan Kalijaga atau Raden Said dari Jawa Tengah pada awal abad ke 16. Lir Ilir bermakna bangun. Lagu ini memiliki makna bahawa sebagai umat manusia, kita wajib bangun dari keterpurukan. Keterpurukan bermakna kelalaian dalam melaksanakan kewajiban untuk mengenal Tuhan.
Karya Fana Fi Layla menggunakan tarian mengadap rebab sebagai tanda hormat dan perlambangan cara dakwah Kanjeng Sunan Kalijaga sekaligus membawa seni masyarakat Melayu ke dalam dunia dakwah Islam.

Terinspirasi daripada pergerakan tarian Makyung yang berputar di lingkaran. Kedudukan bacaan bait di piring ini melawan arah jam seperti putaran Dervish yang menghubungkaitkan alam dengan tarian, sama seperti tarian Makyung.
Pergerakan yang berputar ini ibarat tangan yang mengacau kopi untuk melarutkan serbuknya. Ia merupakan simbol peleburan alam sepertimana penari Makyung yang seolah-olah bersatu dengan alam dengan melantunkan bait-bait lagu ketika mencari inspirasi. Contohnya seperti lagu mengadap rebab.
"Bong wei... membalik tipo gak. Dage membue silolah cik wei Dage membue silolah cik wei. Ayuhlah cik wei. Seperti suloh memain angin la.... Eh... bemban gugor di tapok. Selude cik wei... meningga maye la... Ayuh tue wei Seperti aur menarik suse la Eh.., sawo kami menggorok likaghe. Aur cik wei menarik suse la... Ayuh tue wei. Liuk litok tekula blalai la... Eh... liuk ko kiri. Luk ko kane. Liuk ko kiri kulai ko kane la. Ayuh tue wei. Seperti denok menanti la... Eh... berdiri kami tapok tigo. Kami nok adap ke timor. Jagolah... Ayuh tue wei. Kami nok pecah lakoh lima la..."
ولا شربت الزلال
إلا وجدت خيالك منه دون الكأس
Dan tidaklah aku meminum air dari gelas,
Melainkan aku melihat bayanganmu di air ini.
Syair Imam Ahmad Rifai,
Sumber: Al Habib Ahmad Mujtaba Bin Shahab.

"Laylaku mulia bukan kerana syairku,
Syairku mulia kerana Layla di dalamnya."
Bait ini merupakan simbol Baginda Muhammad Salallahu'AlaihiWasallam yang merupakan rahmat sekalian alam.
Dari sudut kesufian, merasakan KeEsaanNya tidak bermakna menyatu, tetapi merasakan kebersamaan Ilahi. Sesuatu yang dicipta mempunyai sejarah ketiadaan, namun Tuhan adalah qadim, iaitu tidak mempunyai permulaan dan pengakhiran.
Karya ini juga berhasrat memartabatkan seni Piring Puisi Melayu dengan menghubungkaitkan ia dengan pergerakan tarian Makyung dan putaran Dervish (The Whirling Dervish) di zaman ini.

Piring Puisi Melayu
Abu Muawiyah
Cetakan 2023
Halaman 108

"Kami pamirkan satu demi satu ibarat wayang, lelaki yang bercinta dan perempuan yang dicintai dan bagi setiap satu dinamakan nama sedang aku menjadi erti."
Umar Ibn Al-Farid
Halaman 183,
Rangkaian Sastera Sufi.
Bait di atas merupakan simbol ketunggalan makna di dalam karya ini. Ianya terinspirasi daripada nama lain bagi Pak Dogol, iaitu Dewa Sang Tunggal.
Terinspirasi dari watak Pak Dogol dan Lokajaya, watak ini dinamakan sebagai Mawarsaqi atau Majnun. Watak ini adalah gabungan dari dua perwatakan, iaitu kekeramatan dan pemberontakan. Seiring dengan penjiwaan Makyung yang merasakan perpisahan, watak ini merasakan perpisahan dirinya dengan dzulumat (kegelapan) masa lalu dengan pentarbiahan sang mursyid. Warna hitam merupakan simbol hati kepada hati (suwaydaa') dan watak ini melambangkan proses pertarbiahan nafsu seperti di dalam kitab Serat Lokajaya.

Lakaran watak Mawarsaqi atau Majnun
Fana Fi Layla menceritakan perjalanan seorang salik yang bernama Mawarsaqi. Sebuah watak yang terinspirasi dari watak Pak Dogol, karakteristik Lokajaya dan karakter Pakyung sebagai penari. Olahan watak Lokajaya dan Pakyung melahirkan watak Mawarsaqi. Mawar adalah simbol haruman dan saqi melambangkan yang dicintai atau Sang Kekasih. Secara ringkasnya, Mawarsaqi membawa makna haruman Sang Kekasih.
_JPG.jpg)
Lakaran watak Mawarsaqi atau Majnun

Inspirasi watak Mawarsaqi.
Sumber: Hikmah Melayu 3, Pusat Bahasa Melayu Singapura

Penghasilan projeksi tarian Makyung.
Terinpirasi daripada budaya perasap dan bukhoor, projeksi ini menggabungkan dua budaya, iaitu Nusantara dan Arab. Penggunaan damar ketika perasap adalah bertujuan untuk melindungi sebuah permukaan, contohnya seperti bilah keris. Ianya sama seperti peranan perasap di dalam karya ini, sebuah simbolik yang bertujuan untuk melindungi seni tradisional.

Perbezaan pergerakan asap.
Berbeza dengan asap fogging, asap kemenyan lebih halus dan menghasilkan pergerakan yang beralun seperti sebuah tarian.

Hasil projeksi berbentuk hologram,
grafik sebagai media dan asap sebagai kanvas.

Eksperimen Makyung Media Baharu
Projeksi dipancarkan pada lembaran kitab Wali Sanga. Di bahagian tersebut, ia menceritakan mengenai dakwah Kanjeng Sunan Kalijaga melalui Wayang Kulit.
Sebagaimana Kanjeng Sunan Kalijaga menggunakan Wayang Kulit sebagai jalan dakwah, pengkarya menggunakan Makyung sebagai simbol mahabbah atau cinta dengan mengungkapkan bait-bait sastera sufi kepada masyarakat, khususnya kepada para Mursyid yang haq mengenai keadaan umat Baginda Muhammad Salallahu'AlaihiWasallam di akhir zaman ini.

Projeksi tarian Makyung disunting menjadi hitam sebagai simbol bayang dan suwaydaa' iaitu hati kepada hati.

Makna suwaydaa'

Elemen pengulangan dalam tarian dan pakaian Makyung.
_edited.jpg)
Pergerakan tarian Makyung dan corak berulang yang berhubungkait dengan alam semulajadi.
.jpg)
Data pergerakan persembahan Makyung Aswara.
Data pergerakan persembahan Makyung Aswara.
Data pergerakan Whirling Dervish


Data pergerakan persembahan Makyung Aswara.

Corak berulang pada sisik ular berdasarkan lirik lagu mengadap rebab,
"sawo kami menggorok likaghe.." mempunyai hubungkait dengan pakaian "La".
Pengulangan juga merupakan simbol dzikir, ingatan yang berterusan terhadap Allah melalui alam.

Contoh alat muzik Makyung yang menghasilkan getaran.
_edited.jpg)
Corak berulang di atas permukaan air yang terhasil dari getaran frekuensi.
Kaedah ini dinamakan sebagai cymatics yang dikenalkan oleh seorang pakar fizik, Ernst Chladni.

Tareqat Mawlawiyyah yang diasaskan oleh Mawlana Jalaluddin Ar-Rumi atau dikenali sebagai The Whirling Dervish mempunyai persamaan dengan tarian Makyung dengan menjadikan alam semula jadi sebagai inspirasi. Pergerakan The Whirling Dervish adalah berdasarkan cara kerja semesta, galaksi, orbit yang saling berputar. Ianya simbol kerinduan dan cinta.
Sebagai contoh, karya Ugo Untoro ini menunjukkan sudut pandang sisi wayang kulit. Karya Fana Fi Layla membawa lambang kesatuan tauhid seperti huruf alif, kelir, ibarat kitab yang ditulis di atas satu lembaran, lembaran tunggal yang kaya dengan makna.
Kita boleh menemukan garis makna itu dalam Makyung iaitu dari jalur ‘rasa’ atau dalam istilah tasawwuf-nya iaitu dzauq. Dualisma yang terdapat pada penari dan penonton adalah sebuah absolutisma itu sendiri dalam menghayati rentak rasa dalam persembahan Makyung.
Dualisma ibarat dua biji mata dan absolutisma ibarat penglihatan itu sendiri. Ini bermakna penari dan penonton menjadi satu melalui perasaan. Di sebalik dimensi tarian, notasi muzik dan nyanyian, penghayatan adalah dimensi yang tidak terbatas jika seiring dengan tauhid yang jazam lagi murni.
Kelestarian makna melalui karya ini adalah rahmat bagi para pencinta Tuhan. Interaksi dan konstelasi yang berlaku antara hati, fikiran, perasaan individu adalah tempat bagi karya ini, berdasarkan tema Bakat Muda Sezaman 2023 iaitu Seni Di Lokasi.

Kalimat 'Sejahtera Ke Atas Layla' yang disulam pada selendang perkahwinan.
Nama Layla sering disebut dalam syair sufi sebagai kekasih.
